Isnin, 6 September 2010

BERKAT MEMBACA BISMILLAH...

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek," Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibril A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

sebentar

sebentar.
aku sedang memenuhkan gelas di tanganmu
dengan secamca lagi air jiwa ini
supaya dapat kau gemerincingkan ketika kalian
mengucap selamat cinta di teduhan bahagia
di terlaganya gelas-gelas itu nanti.

sebentar.
sedikit saja lagi perlu aku perahkan untukmu
dan pasti habis juga setiap mimpi
yang pernah kita lorekkan di tinggi awan
nan dahulu meredup keji dusta dunia
yang rupanya sememangnya kau sendiri.

sebentar.
bila penuh gelas ini dengan peluh nyawaku
mulakanlah doa dikekal al-rabbi
usah dirisau campingku di tulang rawan
di sini teratur manusia menanti saya
percayalah, aku tidak mungkin mati.

sebentar.
bertahun telah aku sebentarkan sabar.
sekarang aku bilang,
sebentar.